Baiduri Nurani
"Ya Tuhan kami, Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami" 18:10
Tuesday, May 22, 2012
Friday, March 30, 2012
Rindu Ayah..
![]() |
| ...Ayah... |
sesuci embun pagi,
seharum haruman kasturi..
hari ini hampir sebulan tak dengar suara ayah..
tak dengar lagi nasihat ayah..
idea2 yang bernas ayah titipkan untuk bina masa depan yang gemilang..
Ya Allah..
Rindu ayah...
moga Allah bukakan taman-taman syurga untuk ayah, luaskan kubur Ayah..ayah tenang bersemadi di sana..
u alwayz remind me.."the rolling stone alwayz shine"
study sampai habis PHD..
sentiasa rasa diri ini hamba kepadaNya..
i will do my best to achieve your dream..
tq ayah..
Ayah...
rindu ayah...
rindu sangat...
di kampus ni, di mana2 saja nampak wajah ayah...
ayah tersenyum..seolah-olah memberi inspirasi kepadaku..
melangkah ke hadapan dengan lebih berani..
Ya Rahim..
moga aku sentiasa tabah..
menerima dugaanmu ini..
moga mak dan ahli keluargaku yang lain turut tabah..
Tanggal 5 March 2012 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1433H..Allah menjemput ayah kembali kepadaNya..
Sayu, sedih, tidak cukup untuk bahagiakan ayah di sana..iringan doa perlu dititipkan setiap ketika...
Ayah tunggu "turn" aishah..
Thursday, December 29, 2011
Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar
Ya Allah kami rindu untuk bertemu dengan Rasulullah. Semoga kami termasuk di kalangan ikhwan yang dirindui Rasulullah. Semoga kami memperolehi syafaat dari Baginda di sana nanti..Amin..
Ya Rasulullah...kami rindu untuk bertemu denganmu..menatap wajahmu..sahutlah rindu kami..:( Allahumma solli 'ala Muhammad...
Ya Rasulullah...kami rindu untuk bertemu denganmu..menatap wajahmu..sahutlah rindu kami..:( Allahumma solli 'ala Muhammad...
Wednesday, December 28, 2011
Maryam Jamilah
"Suka Duka Gerakan ISLAM Dunia Arab" karya Maryam Jamilah sangat menusuk kalbu. Karya beliau mengheret diri untuk mengenali siapakah penulis ini dengan lebih dekat. Penanya sangat tajam (seperti karya seorang MUSLIMIN) dalam merungkai fakta-fakta sejarah sekaligus memberi inspirasi kepada akhawat generasi kini yang dahagakan ilmu.
Maryam Jamilah dilahirkan di Westchester, New York pada tahun 1934. Beliau berasal dari sebuah keluarga Yahudi yang bermukim di New York. Sebelum memeluk agama Islam, beliau dikenali sebagai Margaret Mascus. Kehidupan beliau sangat berbeza dengan remaja New York yang sebaya dengannya pada ketika itu. Remaja yang seusia dengannya sibuk mengejar "syurga dunia" tetapi beliau pula sibuk mengisi usia platinum ini dengan menelaah buku-buku yang "berat" untuk difahami bagi kebanyakan manusia.
Hasilnya di usia 14 tahun beliau mampu menulis sebuah novel "Di tepian jaluran Gaza". Sangat sukar diterima dek akal, dalam usia sebegini mampu menulis dengan baik mengenai sebuah negara yang tidak pernah dikunjungi serta perihal agama lain selain agama yang dianuti. Subhanallah..
Kronologi beliau memeluk agama Islam bermula sejak umur 20 tahun ketika beliau menuntut di Universiti New York. Melalui kuliah Judaisme in Islam (Ajaran Yahudi dalam Islam), beliau mula membandingkan Al-Quran dan Talmud. Beliau mendapati ajaran yang terdapat dalam Al-Quran lebih logik, berfakta serta memenuhi fitrah manusia sejagat. Di samping menelaah Al-Quran beliau juga turut mengkaji Hadis.
Sinar Islam semakin terang di dada beliau lantaran melihat ketidakadilan PBB dalam menangani isu Arab-Yahudi di Palestin. Sikap berat sebelah ini membuatkan beliau malu untuk mengaku sebagai salah seorang bangsa Yahudi. Dan pada pagi hari bulan November 1954, beliau memeluk agama Islam.
Kisah beliau memeluk agama suci ini ditentang hebat oleh keluarga serta masyarakat sekitarnya. Pada saat itu, keyakinan beliau untuk terus memeluk agama Islam tidak cukup kuat lantaran menerima tentangan dari orang tersayang. Kesan dari tentangan dan putus asa, beliau mengalami tekanan jiwa yang serius hampir 3 tahun.
Semasa beliau menderita akibat tekanan jiwa ini, beliau berjanji akan memeluk Islam bersungguh-sungguh setelah sembuh. Menyedari keadaan ini, ibu bapa beliau tidak sanggup melihat buah hati kesayangan terus menderita. Justeru, mereka berjanji untuk membenarkan beliau menganut agama Islam dengan syarat beliau sembuh seperti sedia kala.
Pada tahun 1959, dengan kuasa Allah beliau sembuh dari tekanan jiwa. Setelah sembuh, beliau mula mendekati dan bersahabat dengan golongan muslim di New York. Di ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada tahun1961, beliau sekali lagi memeluk agama Islam disaksikan oleh Syeikh Daud Ahmad Faisal. Mulai saat itu, namanya ditukar kepada Maryam Jamilah.
Di atas hidayah Allah, beliau yang berasal dari Yahudi, kemudian menganut fahaman Atheis, akhirnya menemui agama yang suci iaitu Islam. Usaha beliau dalam mencari kebenaran menerusi pembacaan dan kajian semasa sangat mengharukan. Setelah memeluk agama Islam, beliau semakin aktif berkarya dalam usaha menyedarkan umat Islam akan keindahan peradaban Islam dibandingkan dengan peradaban Barat. Karya-karya beliau turut diterjemahkan dalam pelbagai bahasa di seluruh pelusuk dunia.
~MARYAM JAMILAH~ serikandi Islam. Seindah namamu, memberi inspirasi buat akhawat generasi kini.
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Sunday, October 2, 2011
Rintihan
Indahnya jalan taqwa. Kita sentiasa dipandu oleh Ilahi menuju destinasi suci. Ayuh, jangan cepat mengalah. Teruskan melangkah wahai mujahid/ah ummah. Allah dengar rintihan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)


