Thursday, June 24, 2010

Laju ke sekarang..

"Awak ni guna gear berapa dalam gerak kerja Islam...tukar gear beb!!!"

"Kalau kita masih di takuk lama..bila umat Islam nak menang? Perubahan mesti bermisi dan berstrategi.."

Terngiang-ngiang perbualan seorang sahabat dgn junior yang baru berjinak-jinak dalam gerak kerja dakwah..teguran yang bersahaja tetapi cukup berbisa buat junior tersebut dan sesiapa sahaja yang terdengar..pedas2....

Terkesan dengan perbualan tersebut..kembali mencongak dan menghitung "speed" perkembangan diri. Memang diakui diri ini tak selincah dulu..turun ke sana ke mari..semata-mata membawa satu misi yang suci..sekarang banyak fokus "sharing moments"..OH TAK BOLEH JADI NI!!!

Laju ke sekarang???
Jangan mengukur kita ni dah bergerak laju..anggaplah kita masih terkebelakang lagi..jauh ditinggalkan musuh-musuh Islam. Andai kita sudah terasa laju..salam takziah buat diri, sesungguhnya tiket kemunduran sudah ditempah buat ummah..

Ayuh semua..
Hari demi hari mesti pasakkan dalam diri, ada sumbangan yang wajib diinfakkan untuk ummah walaupun sedikit..walaupun kecil dan yang pasti sumbangan tersebut hanya untuk mencari keredhaan dan kasih sayang dari Ilahi.

Berfikir dan terus merancang..sekaligus bertindak..jauh lagi perjalanan..dan banyak lagi duri-duri jahiliah yang perlu sama-sama kita cantas dan buang.

Maju dan laju utk Islam itu yang PASTI..

No comments:

Post a Comment