Thursday, August 19, 2010

All start from here..

Semakin hari, semakin banyak kes buang bayi, korupsi, rasuah n bla2222...apa dah jadi, nak kata yang buat jenayah ni orang tak berpelajaran, rasanya sedikit sangat %, majoriti belajar tinggi melangit, siap berpangkat lagi. Ilmu tak cukup ke? Or akal lemah..fenin2..

For me..it's begin with FOOD. We are what we eat. We are what we consume everyday. Bila badan lemah, kita perlukan makanan, dan makanan yang dimakan akan dicerna, sebahagian ditukar dalam bentuk tenaga, sebahagian dibuang, sebahagian disimpan dalam organ2 tertentu seperti hati, sebahagian membina sel2 yang mati, meransang perkembangan sistem pertumbuhan, imun dan sebagainya.

Jom kita buat kajian...
Zaman kegemilangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah, khulafa' ar-Rasyidin dulu apa yang mereka makan sehinggakan di bulan puasa masih bertenaga utk keluar berjihad dan berperang menentang golongan kuffar?  Hebatnya orang2 di zaman tersebut;

Zaman sekarang, kenapa golongan kuffar diberikan kekuatan dari sudut mental dan fizikal? Mereka menguasai 9/10 dari dunia dalam masa yang singkat. Penaklukan yang dilakukan sangat bestrategi dan bersistem. Let's question again..what they eat??

Orang Islam di zaman mutakhir ini sangat lemah, lemah dari segenap segi. Hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Terleka dengan kemewahan pangkat dan sebagainya. Hidup segan mati tak mahu. Cepat lupa, mudah ikut rentak yang dimainkan oleh orang lain. Again and again question back..What we eat??Sediiiiihhh..........

Di zaman Rasululllah, baginda dan sahabat makan cukup sederhana, tetapi khasiat makanan sangat tinggi. Makan bukan disebabkan sedap, tetapi makan disebabkan hendak beribadah. Sumber yang dimakan sangat dititik beratkan dan mereka mengutamakan HALALAN TOYYIBA.

Golongan kuffar di zaman ini mengambil ibrah dari zaman kegemilangan Islam, kebanyakan mereka mengutamakan kualiti makanan. Orang Yahudi sejak dalam perut ibu lagi disajikan dengan makanan berkhasiat seperti badam dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang bersumberkan daging dikurangkan semata-mata utk meransang perkembangan otak bayi.
Kita? apa yang kita makan? WE EAT RUBBISH..Banyak yang kita tak tahu khasiat makanan, dari mana dibuat, apa yang ditambah, siapa yang buat..Yang kita utamakan mesti sedap, senang nak masak, senang nak kunyah, kenyang..itu jeee...

So, perlu disedari salah satu konspirasi kuffar utk lemahkan umat Islam adalah dari makanan. Mereka sedari apabila umat Islam makan makanan tidak halal atau beracun pasti sumber itu menjadi darah daging, dan hasilnya akan melemahkan jasmani dan rohani. Selepas lemah pasti mudah dijatuhkan, anytime, anywhere..

SO, langkah pertama nak hapuskan jenayah, back to ourself first, tengok balik pemakanan harian kita selama ini. Banyak sangat benda haram atau syubhah yang diambil.. Senang2 orang kafir sedia, kita makan je dan tak tahu what's all about the food?..Sebab tu ilmu yang dituntut tak dihayati, tak lekat dalam kepala, lekat dalam kertas exam je.. 

Again...Hati2 dengan makanan yang kita makan terutama produk2 segera. produk2 tersebut ditambah bahan-bahan tidak halal seperti plasma darah dalam sausage dan nugget, wain dalam bakeri product dan banyak lagi. Logo HALAL pun belum tentu dipercayai. Kita sendiri perlu ada ilmu mencari dan mengkaji makanan tersebut dari semasa ke semasa.

JOM SEMUA......
SIAPA YANG TAHU BIDANG MAKANAN NI TERUSKAN MENGKAJI DAN MEMBERI PANDUAN KEPADA MASYARAKAT.

TUGAS KITA BELUM SELESAI..
   

3 comments:

  1. ayat prof chek...
    "WE EAT RUBBISH!"

    ReplyDelete
  2. huhu~ hebat kamu shah..ehehe~

    berat tanggungjwb kita kan~


    ~noorain~

    ReplyDelete
  3. a'a..publish ayt PM..
    WE EAT RUBBISH..

    berat2..x tertanggung rs..

    ReplyDelete