Tuesday, August 17, 2010

Ayah..

Ayah..anakmu sering meminjam semangatmu untuk teruskan perjuangan hidup ini. Walaupun sakit kau masih tersenyum, masih memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ketabahanmu sangat ku kagumi. Di mana kau dapat ketabahan itu ayah? Ujian yang kau hadapi sangat perit, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Moga Allah sentiasa bersamamu..
"Kekuatan kita adalah solat..solat dan solat. Kalau rasa lemah banyakkan selawat. Di mana2 sahaja kita berada hanya Allah yang kuatkan kita" Mungkin pesanan yang selalu kau titipkan dalam jiwa-jiwa kami inilah sumber yang menyebabkan kau terus tabah melalui liku2 kehidupan.

Ayah..ramadan kali ini, harap ayah terus tabah..terus sabar dengan ujian yang Allah beri. Ramadan menyingkap seribu makna kepada sesiapa yang berusaha memburu keredhaan Allah dan kasih sayang dariNya.

You always remind me..'the rolling stones always shine'. Wherever u go..Allah always beside u..
Anakmu akan terus melangkah memberi dan terus berbakti.  

2 comments: