Wednesday, August 25, 2010

Ashabul kahfi 1

1st time post psl Ashabul kahfi ni...sp ye ahlinya? 

Ahli y terdiri dari 8 orang bakal saintis dalam bidang masing-masing ~K.ili, K.aidah, K.mah, Cik Aish, Cik Habib7hari, Cik Sufi al-Baraqi, Cik Muna, and Cik Mirae~, InsyaAllah..

Ashabul Kahfi-4eva.
Baru-baru ni kelapan-lapan orang sama-sama mencari ketenangan diri di Masjid Besi, Putrajaya. Alhamdulillah, Allah bersama dengan sesiapa yang mengejar dan mendambakan redhaNya. Ketenangan itu hadir ketika sama-sama iftar di tepi tasik sambil menikmati alam ciptaan Ilahi. Sekali lagi, ketenangan datang bertemu hati-hati yang rindukan kasih Ilahi ketika solat berjemaah. Masing-masing "release" dengan bebanan yang dipikul setelah menceritakan segala-galanya yang terbuku kepadaNya.

Alhamdulillah, Ashabul kahfi makin kuat melangkah. Kerja-kerja terakhir lab thesis diteruskan sampai lewat malam. 2 Thumbs up..ada yang terus terawih kat lab sementara tunggu result, ada yang qiam terus, ada yang bertungkus-lumus tolong siapkan bekalan makanan dan hantarkan kepada sesiapa yang balik lewat. Semuanya bekerja seperti satu FAMILY.. 

Di mana lagi akan ku cari keluarga kedua seperti kalian. Moga kita sentiasa bersamaNya. Kita disatukan keranaNya dan satu hari pasti dipisahkan keranaNya. Sabar ye sahabat2 dengan dugaan lab thesis masing-masing. Setiap hari I tak pernah lupa doakan kalian. Biar sama-sama berjaya, biar sama-sama mendaki gunung kejayaan. Tq a lot..for being my frenz!

Thursday, August 19, 2010

All start from here..

Semakin hari, semakin banyak kes buang bayi, korupsi, rasuah n bla2222...apa dah jadi, nak kata yang buat jenayah ni orang tak berpelajaran, rasanya sedikit sangat %, majoriti belajar tinggi melangit, siap berpangkat lagi. Ilmu tak cukup ke? Or akal lemah..fenin2..

For me..it's begin with FOOD. We are what we eat. We are what we consume everyday. Bila badan lemah, kita perlukan makanan, dan makanan yang dimakan akan dicerna, sebahagian ditukar dalam bentuk tenaga, sebahagian dibuang, sebahagian disimpan dalam organ2 tertentu seperti hati, sebahagian membina sel2 yang mati, meransang perkembangan sistem pertumbuhan, imun dan sebagainya.

Jom kita buat kajian...
Zaman kegemilangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah, khulafa' ar-Rasyidin dulu apa yang mereka makan sehinggakan di bulan puasa masih bertenaga utk keluar berjihad dan berperang menentang golongan kuffar?  Hebatnya orang2 di zaman tersebut;

Zaman sekarang, kenapa golongan kuffar diberikan kekuatan dari sudut mental dan fizikal? Mereka menguasai 9/10 dari dunia dalam masa yang singkat. Penaklukan yang dilakukan sangat bestrategi dan bersistem. Let's question again..what they eat??

Orang Islam di zaman mutakhir ini sangat lemah, lemah dari segenap segi. Hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Terleka dengan kemewahan pangkat dan sebagainya. Hidup segan mati tak mahu. Cepat lupa, mudah ikut rentak yang dimainkan oleh orang lain. Again and again question back..What we eat??Sediiiiihhh..........

Di zaman Rasululllah, baginda dan sahabat makan cukup sederhana, tetapi khasiat makanan sangat tinggi. Makan bukan disebabkan sedap, tetapi makan disebabkan hendak beribadah. Sumber yang dimakan sangat dititik beratkan dan mereka mengutamakan HALALAN TOYYIBA.

Golongan kuffar di zaman ini mengambil ibrah dari zaman kegemilangan Islam, kebanyakan mereka mengutamakan kualiti makanan. Orang Yahudi sejak dalam perut ibu lagi disajikan dengan makanan berkhasiat seperti badam dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang bersumberkan daging dikurangkan semata-mata utk meransang perkembangan otak bayi.
Kita? apa yang kita makan? WE EAT RUBBISH..Banyak yang kita tak tahu khasiat makanan, dari mana dibuat, apa yang ditambah, siapa yang buat..Yang kita utamakan mesti sedap, senang nak masak, senang nak kunyah, kenyang..itu jeee...

So, perlu disedari salah satu konspirasi kuffar utk lemahkan umat Islam adalah dari makanan. Mereka sedari apabila umat Islam makan makanan tidak halal atau beracun pasti sumber itu menjadi darah daging, dan hasilnya akan melemahkan jasmani dan rohani. Selepas lemah pasti mudah dijatuhkan, anytime, anywhere..

SO, langkah pertama nak hapuskan jenayah, back to ourself first, tengok balik pemakanan harian kita selama ini. Banyak sangat benda haram atau syubhah yang diambil.. Senang2 orang kafir sedia, kita makan je dan tak tahu what's all about the food?..Sebab tu ilmu yang dituntut tak dihayati, tak lekat dalam kepala, lekat dalam kertas exam je.. 

Again...Hati2 dengan makanan yang kita makan terutama produk2 segera. produk2 tersebut ditambah bahan-bahan tidak halal seperti plasma darah dalam sausage dan nugget, wain dalam bakeri product dan banyak lagi. Logo HALAL pun belum tentu dipercayai. Kita sendiri perlu ada ilmu mencari dan mengkaji makanan tersebut dari semasa ke semasa.

JOM SEMUA......
SIAPA YANG TAHU BIDANG MAKANAN NI TERUSKAN MENGKAJI DAN MEMBERI PANDUAN KEPADA MASYARAKAT.

TUGAS KITA BELUM SELESAI..
   

Tuesday, August 17, 2010

Ayah..

Ayah..anakmu sering meminjam semangatmu untuk teruskan perjuangan hidup ini. Walaupun sakit kau masih tersenyum, masih memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ketabahanmu sangat ku kagumi. Di mana kau dapat ketabahan itu ayah? Ujian yang kau hadapi sangat perit, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Moga Allah sentiasa bersamamu..
"Kekuatan kita adalah solat..solat dan solat. Kalau rasa lemah banyakkan selawat. Di mana2 sahaja kita berada hanya Allah yang kuatkan kita" Mungkin pesanan yang selalu kau titipkan dalam jiwa-jiwa kami inilah sumber yang menyebabkan kau terus tabah melalui liku2 kehidupan.

Ayah..ramadan kali ini, harap ayah terus tabah..terus sabar dengan ujian yang Allah beri. Ramadan menyingkap seribu makna kepada sesiapa yang berusaha memburu keredhaan Allah dan kasih sayang dariNya.

You always remind me..'the rolling stones always shine'. Wherever u go..Allah always beside u..
Anakmu akan terus melangkah memberi dan terus berbakti.  

Tuesday, August 3, 2010