Friday, July 29, 2011

Lambaian Ramadhan

Kali ini..
Dia akan datang..
Kunjungi jiwa-jiwa yang merindui lambaian kasih Ilahi..
Sedar tidak sedar..ia semakin hampir..

Ramadhan..
Inilah pakej yang dianugerahkan Ilahi..
Untuk bina potensi diri dalam tempoh setahun..
Menerusi tarbiah Ilahi selama sebulan..
Bekalan untuk jejaki 11 bulan akan datang..

Seketika..diri termenung sejenak..
Berjayakah pada tahun ini menjejaki malam  al-qadar..
Malam dambaan para pencinta Ilahi..
Tawaran seribu satu hikmah akan diberi buat insan yang terpilih..

Ya Rahim..
Adakah tahun ini aku di kalangan insan yang bertuah itu?
Anugerahkanlah kepadaku dan kepada insan-insan yang dikasihi..
Menjejaki malam tersebut..

Ameen..di hari segala penghulu hari..
Moga doa-doa akan dimakbulkan..
Salam Ramadhan
Ramadhan Kareem..
Allahu Akram..

No comments:

Post a Comment