Saturday, August 13, 2011

Muhasabah Ramadhan

Saidina Umar berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab"

Menyelusuri 2/3 Ramadhan, fasa kedua, fasa maghfirah, fasa muhasabah. Fasa ini sejujurnya jangan dibiarkan sepi, malah makin laju berpesta "ibadah". Sedar tak sedar fasa pertengahan ini, jemaah yang hadir ke masjid mula berkurangan. Shopping complex tidak pernah sunyi malah makin hangat dengan promosi sempena Aidilfitri hingga tenggelam bahang Ramadhan.

Untuk muhasabah..cuba perhatikan diri sendiri berdasarkan 4 perkara yang sewajarnya dianalisis setiap hari;  
  1. Masa 
  2. Amal
  3. Hubungan dengan Allah
  4. Hubungan dengan makhluk  
Berjayakah kita mengurus masa dengan baik?
Berjayakah kita jadikan setiap rutin harian yang dilalui sebagai amal atau ibadah?
Berjayakah kita menjadi seorang 'abid yang sentiasa bernafas dalam jiwa hamba?
Berjayakah kita memberi hak yang sewajarnya sesama makhluk?

Mungkin ada yang masih kurang, masih ada kelompangan..Jadikan fasa kedua ini titik tolak muhasabah diri untuk menjadi 'abid yang sentiasa dirindui Ilahi...Insya Allah..

No comments:

Post a Comment