Thursday, August 25, 2011

Fasa terakhir..

Fasa ke 3 Ramadhan..fasa terakhir, fasa bebasnya dari azab api neraka. Fasa dijanjikan malam al-Qadar. Fasa ini semakin terbalik dengan rancaknya persiapan aidilfitri. Persoalan dan perbualan lazim yang kita selalu dengar...

....Baju raya dah siap ke? Bila nak beli?...
....Jom main mercun, bunga api..best giler!...
....Kuih raya dah de berapa ni? Kita kena tempah lagi...tart nenas, almond london..bla222...

Bagus plan awal2 ni. Tapi masa plan ni jangan lupa tawaran2 hebat lain yang Allah sediakan. Antaranya malam al-Qadar. Kita tidak dapat menjangkakan apakah Ramadhan ini yang terakhir. Adakah kita masih lagi diberi kesempatan lalui Ramadhan pada tahun akan datang. Semuanya kemas dalam pengetahuan Allah.

Selagi ada masa di fasa terakhir ini, jangan lepaskan peluang. Tak salah buat persiapan raya or persiapan lain..tapi jangan dilalaikan sudah..

JOM SEMUA, KITA TERUS REBUT PELUANG DI FASA TERAKHIR NI!


.... 

Saturday, August 20, 2011

Pelajar UIA Mimpi Jumpa Rasulullah




Subhanallah...moga kita semua berpeluang jumpa Rasulullah satu hari nanti..

Dan bersaksilah..sesungguhnya kami merinduimu...Ya Rasulullah

Saturday, August 13, 2011

Muhasabah Ramadhan

Saidina Umar berkata: "Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab"

Menyelusuri 2/3 Ramadhan, fasa kedua, fasa maghfirah, fasa muhasabah. Fasa ini sejujurnya jangan dibiarkan sepi, malah makin laju berpesta "ibadah". Sedar tak sedar fasa pertengahan ini, jemaah yang hadir ke masjid mula berkurangan. Shopping complex tidak pernah sunyi malah makin hangat dengan promosi sempena Aidilfitri hingga tenggelam bahang Ramadhan.

Untuk muhasabah..cuba perhatikan diri sendiri berdasarkan 4 perkara yang sewajarnya dianalisis setiap hari;  
  1. Masa 
  2. Amal
  3. Hubungan dengan Allah
  4. Hubungan dengan makhluk  
Berjayakah kita mengurus masa dengan baik?
Berjayakah kita jadikan setiap rutin harian yang dilalui sebagai amal atau ibadah?
Berjayakah kita menjadi seorang 'abid yang sentiasa bernafas dalam jiwa hamba?
Berjayakah kita memberi hak yang sewajarnya sesama makhluk?

Mungkin ada yang masih kurang, masih ada kelompangan..Jadikan fasa kedua ini titik tolak muhasabah diri untuk menjadi 'abid yang sentiasa dirindui Ilahi...Insya Allah..