Tuesday, October 16, 2012

Ikhlaskah kita?


Rasulullah s.a.w bersabda...

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria' dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. 

Allah mengumpul mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, "Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?" Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan". Dia lalu dibawa ke neraka..

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria'. "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat kerana ria'." Allah berfirman, "Tiada satupun yang sampai kepadaKu". Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka..

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki'. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu" Allah berfirman, "Benar hambaKu". Dia pun dihantar ke syurga..
(HR Tobrani)

Subhanallah....betapa besarnya nilai ikhlas di sisi Allah. Ikhlas umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Hanya Allah Maha Mengetahui dan tiada siapa pun dapat mengukur tahap keikhlasan seseorang. 



Kata Ibrahim at-Taimi;
"Orang yang ikhlas itu adalah orang yang menyembunyikan segala amal kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan segala amal kejahatannya."


Zun Nun al-Misri berkata; 
Tiga tanda ikhlas seseorang itu adalah;
  1. Merasa sama (tidak gembira atau terhina) di antara pujian dan celaan.
  2. Lupa dari memandang segala amalan ketika beramal
  3. Lupa keperluan pahala amalan di akhirat

Ya Rahim..rezekikan kami keredhaanMu, kasih sayangMu dan keampunan dariMu. Jadikan kami hamba-hambaMu yang ikhlas. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ikhlas dalam beramal..Amin.


Monday, October 1, 2012

Qasidah al-Jalaliyah by Fathul Mubin



Tribute to ayah...Abdul Wahab bin Ahmad. Moga ayah tenang di sana. Ameen...
Sanah helwah (1 Oktober 1944).

Tuesday, September 11, 2012

CintaKu Pasti


Rasulullah bersabda, 
"Allah berfirman....
cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mencintaiKu, 
cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menjalin tali persaudaraan keranaKu,  
cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling memberi nasihat keranaKu,  
cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling mengunjungi keranaKu, 
cintaKu adalah pasti kepada orang yang saling menolong keranaKu. 
Orang yang saling mencintai keranaKu berada pada mimbar yang dibuat dari cahaya. 
Para nabi, orang yang jujur dan para syahid mendambakan tempat yang mereka tempatkan." 
(Shahih Al-Jami': 4321)         

Monday, September 3, 2012

Janji Demokrasi

Sajak ini ditulis oleh sasterawan negara kita, A. Samad Said;


Beliau membaca sajak ini dengan penuh linangan air mata ketika sambutan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka (31 Ogos 2012). Sajak beliau mengingatkan perjuangan para sasterawan ketika Gelombang Asas ’50 (Angkatan Sasterawan ‘50), sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat yang dipelopori oleh Usman Awang,  Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat. 


Hayatilah sajak ini...Janji Demokrasi..

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Sunday, September 2, 2012

Wednesday, August 1, 2012

Friday, March 30, 2012

Rindu Ayah..

...Ayah...
Salam hari Jumaat..
sesuci embun pagi,
seharum haruman kasturi..
hari ini hampir sebulan tak dengar suara ayah..
tak dengar lagi nasihat ayah..
idea2 yang bernas ayah titipkan untuk bina masa depan yang gemilang..
Ya Allah..

Rindu ayah...
moga Allah bukakan taman-taman syurga untuk ayah, luaskan kubur Ayah..ayah tenang bersemadi di sana..
u alwayz remind me.."the rolling stone alwayz shine"
study sampai habis PHD..
sentiasa rasa diri ini hamba kepadaNya..
i will do my best to achieve your dream..
tq ayah..

Ayah...
rindu ayah...
rindu sangat...
di kampus ni, di mana2 saja nampak wajah ayah...
ayah tersenyum..seolah-olah memberi inspirasi kepadaku..
melangkah ke hadapan dengan lebih berani..

Ya Rahim..
moga aku sentiasa tabah..
menerima dugaanmu ini..
moga mak dan ahli keluargaku yang lain turut tabah..

Tanggal 5 March 2012 bersamaan 12 Rabiul Akhir 1433H..Allah menjemput ayah kembali kepadaNya..
Sayu, sedih, tidak cukup untuk bahagiakan ayah di sana..iringan doa perlu dititipkan setiap ketika...

Ayah tunggu "turn" aishah..