Tuesday, October 16, 2012

Ikhlaskah kita?


Rasulullah s.a.w bersabda...

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria' dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. 

Allah mengumpul mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, "Apakah tujuanmu beribadat kepadaku?" Maka dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia." Allah berfirman, "Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan". Dia lalu dibawa ke neraka..

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria'. "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat kerana ria'." Allah berfirman, "Tiada satupun yang sampai kepadaKu". Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka..

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?" Dia menjawab, "Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki'. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu" Allah berfirman, "Benar hambaKu". Dia pun dihantar ke syurga..
(HR Tobrani)

Subhanallah....betapa besarnya nilai ikhlas di sisi Allah. Ikhlas umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. Hanya Allah Maha Mengetahui dan tiada siapa pun dapat mengukur tahap keikhlasan seseorang. 



Kata Ibrahim at-Taimi;
"Orang yang ikhlas itu adalah orang yang menyembunyikan segala amal kebaikannya sebagaimana ia menyembunyikan segala amal kejahatannya."


Zun Nun al-Misri berkata; 
Tiga tanda ikhlas seseorang itu adalah;
  1. Merasa sama (tidak gembira atau terhina) di antara pujian dan celaan.
  2. Lupa dari memandang segala amalan ketika beramal
  3. Lupa keperluan pahala amalan di akhirat

Ya Rahim..rezekikan kami keredhaanMu, kasih sayangMu dan keampunan dariMu. Jadikan kami hamba-hambaMu yang ikhlas. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ikhlas dalam beramal..Amin.


No comments:

Post a Comment