Friday, June 14, 2013

Wasiat Rasulullah

Hadis ini pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang daripada sahabatnya;

Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya. Dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.


Friday, June 7, 2013

Fil bina'

Assalamualaikum...

Post pertama utk 2013 ni. Beruzlah betul...Cukup-cukup sudah beruzlah!!!

Hari-hari sepanjang tahun 2013 ni penuh warna-warni. Subhanallah..kuasa Allah yang mencorakkan kanvas hidup ini. Tidak ada kanvas hidup insani hanya diwarnai warna-warna duka. Pasti dalam kedukaan Allah hadirkan warna pelangi agar hamba-hambaNya terus akur, tunduk patuh perintahNya..

Tempoh membina peribadi muslim perlu diteruskan di samping bersedia ke marhalah seterusnya "baitul muslim" InsyaAllah. Pembinaan yang baik pasti akan hasilkan natijah yang baik. Bermula dari individu muslim, kemudian baitul muslim, seterusnya masyarakat muslim, akhirnya akan terbina daulah Islamiah di setiap pelosok dunia. Khilafah Islamiah perlu dikembalikan semula untuk mentadbir dunia yang kian hancur dek tangan-tangan yang tidak takutkan Allah. 

Impian setiap muslim...Islam terus menang di zamannya.

Day to day...
we have to survive...
continue our journey..
never give up..
trust Allah with us..
in all situation..
he always watching us..
always give us rahmah..mawaddah and sakinah...
Trust ALLAH
Always Trust HIM..